Subscribe:

Pages

Wednesday, July 13, 2011

Kejohanan Balapan Dan Padang SK Mergong 2011

Pada 27hb Jun 2011, SK Mergong telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 18. Kejohanan yang disertai oleh 4 buah kontinjen rumah sukan yang terdiri daripada rumah Waja, Putra, Wira dan Satria dengan keseluruhan ahli rumah sukan berjumlah hampir ke 1400 orang. Kejohanan ini juga melibatkan penyertaan daripada Ibu Bapa dan waris yang telah memberi sokongan kepada atlet-atlet muda ini. Selain matlamat kejohanan ini untuk mencari rumah sukan yang terhebat dikalangan yang terhebat, kejohanan ini juga menjadi platform untuk memilih atlet-atlet SK Mergong untuk kejohanan di peringkat PKG dan Daerah. Kejohanan ini juga mendapat bantuan teknikal daripada pihak IPDA, apabila pihak IPDA telah menghantar pelajar-pelajar jurusan Pendidikan Jasmani untuk menjadi pegawai kejohanan. Dikepilkan sekali beberapa gambar yang menarik sebagai bukti kemeriahan Kejohanan Balapan dan Padang SK Mergong 2011. Untuk melihat gambar-gambar lain, sila ke www.facebook.com dan cari sekkebmergong@yahoo.com

ini ler rumah juara...


Naib juara

Rumah Satria

Rumah Putra

Yg nie...selebriti sekolah..hehehe

Nie cikgu IPDA tarik apa ntah....


oh..tgh lawan tarik tali dgn cikgu IPDa

Persembahan silat oleh murid-murid SK Mergong

oklah...kalau nak tgk gambar lagi, jangan lupa layari facebook dan cari sekkebmergong yer...

14 comments:

Anonymous said...

paparan aktiviti yang menarik

Muhamad Nazri(nazripengeran) said...

La kreatif gak cikgu ni ye.Cantik wooo.

watie said...

menarik....

andie said...

umah sukan ang dpat nmbor bpa? hehe..

upinipin said...

macam dok kat paris pulak..menarik.http://cikgusuhaila210285.blogspot.com/

Nur Hidayah said...

aktiviti yang menarik dan hebat..

Anonymous said...

semangat kesukanan yang begitu tinggi.....

zaleha said...

Tahniah...

salmah said...

Bukan sahaja murid bersemangat, guru pun bersemangat......salmah210222

Md Rani Omar 210176 said...

Tahniah!! Semangat kesukanan yang baik ditunjukkan.

Mohamad Nizam 210510 said...

Cemerlang...

norizam8571 said...

Memang meriah! siap ada silat lagi.. silat pulut ke...

A'zura s210202 said...

Betul tu... saya yang paling suka, tang silat tu la... nampak hebat sekali..

Keoh Hooi Chin said...

Blog yang menarik!

Post a Comment