Subscribe:

Pages

Tuesday, July 12, 2011

Panduan membina blog

LANGKAH – LANGKAH MEMBINA BLOG

Langkah 1: Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'create your blog now'




Langkah 2: Lengkapkan maklumat diri;




  • alamat email anda (Pastikan ada email terlebih dahulu. Email google digalakkan)
  • kata laluan anda (kata laluan ini rahsia tau)
  • nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (nama paparan, better pilih nama yg terbaik)
  • word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: Boyla (untuk menggelakkan menjadi blog spam)
  • Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan
Setelah selesai, klik 'continue'






Langkah 3: namakan blog anda supaya senang rakan-rakan nak mencari dan ingat





  • Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog atau “My Life Port” merupakan tajuk blog ini.
  • Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
  • Setelah selesai, klik butang 'continue'


Langkah 4 : Seterusnya anda hendaklah memilih template / rekaan blog yang disediakan, kemudiannya klik 'continue'



Template ini boleh berubah mengikut citarasa anda. Tetapi anda perlu tahu mengenai HTML dan coding yang terlibat. Semakin lama anda melayari blog semakin bijak dan kreatif anda mereka blog anda.

Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.



Taniah. Anda kini adalah seorang blogger. Sila patuhi peraturan sebagai seorang blogger yang berhemah. Selamat berbloging.....


1 comment:

intan sukhaila said...

Nasib baik ada panduan membina blog kat blog ckgu ni, kalau tak berblog lah saya , kalau dah tak berblog tak bermarkah le... nice blog..Congrats!

Post a Comment